Kesantunan
berbahasa termasuk di dalam ciri kemanusiaan yang mementingkan moral,jati diri
dan pembentukan akhlak. Terdapat banyak ragam mengikut konteks negara, bangsa,
falsafah dan agama membentuk pelaksanaan yang mencerminkan pemikiran dan amalan
budaya yang tinggi. Bahasa dapat menyumbang kepada peradaban dan kemajuan
sesebuah tamadun. Di dalam konteks bangsa Melayu, mereka mempunyai kod sosial,
nilai dan norma yang lembut, unik dan tersendiri dalam berbahasa.

Perkara
ini menunjukkan kesantunan Melayu dalam perkara berkaitan kehidupan yang
membentuk keseluruhan entiti bangsa Melayu itu sendiri dari pelbagai aspek termasuklah
kosmologi, gaya penampilan serta daya pemikiran.Justeru, aspek kesantunan
berbahasa di dalam masyarakat Melayu perlu diambil kira secara serius oleh para
pengkaji bahasa.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

Walau
bagaimana pun, kemasukan pengaruh luar yang pelbagai hasil dari kemodenan dan
kemajuan teknologi di era glabolisasi menyebabkan unsur budaya masyarakat
Melayu kian terhakis. Masyarakat Melayu telah sebati dengan sifat kesantunan
yang tersendiri yang diwarisi secara turun temurun sejak dari dahulu lagi. Namun
demikian, pada zaman atau era globalisasi ini dapat dilihat bahawa nilai dan
sifat kesantunan ini kurang diamalkan oleh generasi muda dan kian terhakis di
dalm masyarakat melayu. Justeru,bagi memastikan salah satu ciri pengenalan
kepada bangsa Melayu ini dari hilang begitu sahaja, masyarakat dari pelbagai
latar belakang perlu bersama-sama mengembleng tenaga dalam usaha pemeliharaan
dan pemuliharaan bahasa Melayu ini.

 Merujuk kepada Amat Juhari Moain (1992),
kesantunan berbahasa adalah apabila proses komunikasi yang dilakukan dengan menerapkan
kesopanan dan kehalusan dalam penggunaan bahasa. Bahasa yang digunakan penuh
dengan adab tertib, sopan santun dan mengandungi nilai-nilai hormat yang
tinggi. Secara dasarnya bermaksud bahasa yang sopan dan mempunyai kosa kata
yang halus dalam menzahirkan sesuatu mesej dan emosi atau perasaan, ibarat kata
pepatah :

x

Hi!
I'm Ethel!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out