1.0 yang teratur (sistematik) yang boleh diuji

1.0  PENGENALAN

1.1  DEFINISI

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

1.1.1
Konsep Sains

Konsep sains merupakan pemahaman tentang peraturan dan
hukum-hukum yang tertentu, ketertiban susunan dalam alam dan sebagai hubungan
antara manusia dengan manusia dan manusia dengan alam sekitar (Huraian Sukatan Sains,1992)

Secara amnya, kita boleh katakan sains merangkumi cabang
ilmu pengetahuan yang melibatkan pemerhatian dan eksperimen untuk membuat
rumusan idea, penerangan dan pemahaman terhadap fenomena alam semula jadi
(Oxford Dictonary, 1983). Menurut Kamus Dewan , sains ialah pengetahuan yang teratur
(sistematik) yang boleh diuji atau dibuktikan kebenarannya, cabang ilmu
pengetahuan yang berdasarkan kebendaan atau kenyataan semata-mata.

Sains ialah satu proses yang sistematik untuk mengkaji
alam. Sains juga merupakan pengetahuan yang terkumpul daripada proses tersebut.
Seseorang yang mengkaji alam menggunakan proses yang sistematik mesti mempunyai
kemahiran tertentu seperti kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir serta
menunjukkan sikap saintifik dan nilai murni dari segi pemikiran dan
perlakuannya. ( Boon dll.,1995 )

 

 

 

 

1.1.2 Konsep Sejarah

     Bury (Teggart,
1960: 56.) secara tegas menyatakan “History is science; no less, and no more”.
Sejarah itu merupakan ilmu yang tidak kurang dan tidak lebih. Pernyataan ini  tidak bermaksud untuk memberikan penjelasan
batasan mengenai sesuatu konsep, melainkan hanya memberikan tingkat
pengkategorian tentang sesuatu ilmu atau bukan. Penjelasan tersebut jelas tidak
memadai untuk memperoleh sesuatu pengertian. Definisi yang cukup simple dan
mudah difahami diperoleh dari Carr (1982: 30). yang menyatakan, bahawa “history
is a continous process of interaction between the historian and his facts, and
unending dialogue between the present and the past” .

2.0  KEPENTINGAN BIDANG SEJARAH

2.1 AKAR

Ilmu kita adalah seperti pokok. Sejarah adalah akarnya.
Kesihatan pokok banyak bergantung kepada kesihatan akar. Tanpa akar, pokok layu
dan mati. Hal ini demikian kerana mineral dan zat-zat amat penting yang
diperlukan oleh pokok yang seterusnya akan menghasilkan buah, tidak diserap
kerana ketiadaan akar.

2.2 MEMAHAMI

Sejarah membantu kita lebih mengenali dan memahami dunia
iaitu tempat kita menumpang hidup ini. Memahami manusianya. Memahami akibat dan
kesan tindak tanduknya.

2.3 SEBAB MUSABAB

Belajar SEJARAH melatih kita kemahiran yang penting iaitu
keupayaan untuk mengenal pasti “cause” dan “effect” (sebab musabab) kepada satu
situasi, menganalisisnya dan menjadikannya sebagai panduan untuk tindak tanduk
kita yang seterusnya. Perbuatan manusia tidak rawak. Ia mematuhi “cause” and “effect”
(buat ini jadi ini buat itu jadi itu) dengan pemboleh ubah yang maha luas (ilmu
Allah). Oleh itu dengan mempelajari bidang sejarah, kita boleh memahami ke arah
manakah kita sedang menuju pada satu-satu masa dengan berbekalkan oleh sampel
perlakuan yang sudah berlaku di dalam sejarah.

2.4 IDEOLOGI DAN IDEA

Mempelajari bidang sejarah juga membolehkan kita lebih
menghargai kepelbagaian pendapat dan perspektif oleh manusia yang sangat berbagai-bagai-bagai
dan rencam. Kita tidak melihat pada satu ideologi itu sebagai satu ideologi,
sebaliknya ia berasal daripada idea-idea yang terbit daripada fikiran,
perasaan, pemerhatian manusia terhadap perkara yang berlaku di sekelilingnya.
Ia mengurangkan pergeseran yang tidak perlu antara ideologi kerana di akar
umbinya, ideologi-ideologi itu mungkin bertemu dan berkongsi harapan pada
peringkat pengalaman manusia.

2.5 PEMIKIRAN KRITIS

Bidang sejarah juga mengukuhkan keupayaan kemahiran
pemikiran kritis. Sejarah mencabar kita untuk berfikir di luar kotak, dan tidak
secara literasi. Sejarah mencantumkan kepingan-kepingan teka teki berbentuk
maklumat sejarah untuk melihat sesuatu daripada saiz mikro kepada gambaran
makronya. Bermula daripada Revolusi Petani menentang Penjajah Inggeris di
Terengganu, kita pergi kepada melihat polisi imperialis Eropah, kemudian
menganalisis Revolusi Industri di sana, pergolakan politik, teori White Man’s
Burden, Social Darwinist, Herbert Spencer, Charles Darwin, Teori Evolusi, Ibn
Miskawayh, hinggalah kepada penciptaan Adam, Al-Quran dan Allah SWT.

2.6 MENILAI BAHAN BUKTI

Belajar Sejarah juga akan melatih kita untuk menilai
bahan bukti. Sejarah bukan hanya meletakkan asas satu-satu benda mesti
dibuktikan, bahan bukti itu juga perlu dinilai kekuatannya untuk diterima
sebagai bahan bukti. Pertembungan fahaman begitu meruncing di dalam masyarakat,
dan demi memenangkan kumpulan masing-masing golongan yang taksub mengutip apa
sahaja maklumat yang ditemui, teruja dengan lamanya naskhah buku, kagum dengan
penulis, yakin dengan muktabarnya kitab, mendedahkan diri kepada mencetuskan
pertempuran berbekalkan sesuatu yang tidak HAQ dalam situasi sebenarnya.
Naskhah buku perlu dianalisis, penulisnya perlu dikaji, kemartabatan kitab
perlu dihalusi, belajar SEJARAH memberikan ilmu yang perlu untuk melakukannya,
demi KEBENARAN.

2.7 MENGAITKAN SEMALAM DAN HARI INI

Sejarah adalah TINGKAP untuk melihat semalam. Memahami
semalam adalah kunci untuk memahami SEMASA. Mereka yang buta semalam, akan
terjebak dalam bencana mengulangi (kesilapannya).

x

Hi!
I'm Ethel!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out